Friday, January 7, 2011

Masuk MELAYU atau ISLAM? Siri 2

Hampi sebulan tidak mencatat apa-apa di dinding blog akibat dari kekangan masa, hari ini saya akan menyambung sedikit lagi berkaitan dengan tajuk yang saya post iaitu "masuk MELAYU atau ISLAM"...

Pada postng yang lalu saya sempat berbicara mengenai satu topik yang menampakkan kesalahan tentang "KATA-KATA TUHAN" di dalam BIBLE, dan hari ini saya akan menambah sedikit sahaja untuk perkongsian bersama dan demi menjaga nama baik agama ISLAM dari terus dicerca serta di hina oleh penganut agama lain.


Kali ini saya akan membincangkan perkara berkaitan dengan penyembahan kepada Jesus yang sama sekali tak ada dasar BUKTI dari alkitab Christian, kerana tidak ada satu ayat pun dari Jesus yang memerintahkan untuk menyembah dirinya. akan tetapi banyak ayat dari alkitab Christian yang menyuruh menyembah HANYA PADA ALLAH SAHAJA.

Jesus dalam alkitab christian pun bersyahadat, ini ayatnya:

Yohanes 17:3 


“Inilah hidup yang kekal itu, yaitu mereka mengenal Engkau, SATU-SATUNYA ALLAH YANG BENAR, & mengenal YESUS KRISTUS YANG TELAH ENGKAU UTUS”.


Maka kesimpulan dari ayat di atas ialah:


Yang ditulis huruf besar, dalam bahasa arabnya ialah:
Tidak ada Tuhan selain ALLAH...!!!
Isa Rasulullah...!!!

Ini sama dengan syahadat umat islam:
Tidak ada Tuhan selain ALLAH
Muhammad Rasulullah...

Ini pun dapat dibuktikan jika Jesus tak menyuruh orang untuk menyembah dirinya, tapi malah jesus menyuruh menyembah hanya kepada ALLAH sahaja:

Matius 4:10 & Lukas 4:8 


Kata Yesus padanya: “Enyahlah, Iblis! Sebab tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, & hanya pada Dia saja kau berbakti!”

Jelas Yesus tidak mengatakan: "Engkau harus sembah Aku/Trinitas!"



Itulah mengapa semua Nabi itu Islam, kerana baik dalam al-Qur'an mahupun alkitab christian sekali tertulis jika tugas utama para Nabi ialah menyeru pada MENYEMBAH PADA SATU ALLAH SAHAJA.

Jesus pun berkata jika TUGAS UTAMANYA atau HUKUM TERUTAMA ialah MENYEMBAH SATU ALLAH SAHAJA seperti yang kita dapat lihat dalam alkitab:

Markus 12:29 


Jawab Jesus:“Hukum terutama ialah: Dengar, hai orang israel,tuhan Allah kita,Tuhan itu Esa.

Jesus mengatakan: “Tuhan Allah kita.”artinya=Tuhanmu & Tuhanku!

Hal ini sesuai dengan apa yang wahyukan oleh ALLAH di dalam al-Quran:

Qs.3 Ali Imran:51.


 Sesungguhnya Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, karena itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus".

Sabda Jesus sama dengan sabda Nabi Musa dalam Ulangan 6:4 (Dengarlah, hai orang Israil: Tuhan itu Allah kita, Tuhan itu esa!)

Dalam Qur'an, di akhirat Nabi Isa AS akan ditanya ALLAH apakah Nabi Isa AS menyuruh umat manusia untuk menyembah dirinya (Nabi Isa AS) dan ibunya. Dan Nabi Isa AS berkata jika dia cuma menyuruh menyembah pada ALLAH sahaja, Tuhan-nya Nabi Isa AS.


Seperti mana firman Allah:

Qs.3 Maa'idah:116.

Dan ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?". Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib". 


Qs.3 Maa'idah:117.

Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan)nya yaitu: "Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkau-lah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu.


Sekali lagi, tidak ada satu ayat pun dalam alkitab christian ayat menyatakan Jesus berkata: akulah Tuhanmu, jangan sembah ALLAH, tapi sembahlah aku sahaja!

Malah yang banyak boleh didapati ialah perintah Jesus agar menyembah cuma kepada ALLAH sahaja.

**********



Topik lain lagi...Satu dari ajaran utama Christian iaitu jika manusia terlahir sudah membawa dosa warisan dari Nabi Adam kerana makan buah terlarang. Dan kata paderi/pendeta, dosa warisan ini tak boleh hilang kecuali dengan mengakui Jesus sebagai Tuhan yang menanggung dosa seluruh manusia dengan cara mati di tiang salib.

Ajaran ini pun tidak betul pasal dalam alkitab pun banyak terdapat ayat soalan dosa itu kena ditanggung sendiri, baik dalam perjanjian lama & baru...maka ia tidak dapat ditanggung oleh orang lain... ini ayatnya:

Yehezkiel 18:20 


Orang yang berbuat dosa, itu yang harus mati. Anak tidak turut menanggung kesalahan ayahnya & ayah tidak turut menanggung kesalahan anaknya. Orang benar akan menerima berkat kebenarannya & kefasikan orang fasik akan tertanggung atasnya.

Ayat ini & puluhan ayat lainnya jelas menolak dosa waris!

Matius 19:14 


Tapi Jesus berkata: "Biarkan anak2 itu, jangan halangi mereka datang padaku;sebab orang2 yg seperti itulah yang mempunyai Kerajaan Syurga."

Saat itu belum ada lagi penebusan dosa lewat tiang salib kerana Jesus belum disalib. Jesus sahaja bilang anak kecil itu suci dari dosa & boleh masuk syurga! Orang Islam dama pendiriang dengan Jesus, iaitu jika anak terlahir SUCI!! Apa hal kristian susah2 nak bawa dosa waris?!?

Lagipule Jesus di Matius 6:12 & Lukas 11:4 jelas berkata jika minta ampun dosa itu langsung kepada Allah, muslim pun meminta ampun langsung kepada ALLAH, bukan dosa ditebus dia orang/orang lain.

Jesus tak pernah suruh orang berdoa minta ampun padanya. Jika dosa waris tak ada & minta ampun itu harus terus pada Allah,maka penebusan dosa di tiang salib pasti bohong!

Sebetulnya masih banyak lagi ayat soalan dosa ini dalam perjanjian lama maupun baru, tapi 3 ayat contoh itu dirasa sudah cukup.


Setakat ini sahaja yang dapat di bincangkan pada kali ini. Penulis menyarankan agar pembaca blog mencari buku tulisan Allahyarham Ahmed Deedat yang bertajuk "THE CHOICE - Dialog Islam & Kristian"...banyak info tentang kebenaran Islam di dalam nya....saya pun tengah membaca dan cuba memahami kandungan yang terdapat di dalam buku tersebut. Sehingga berjumpa lagi untuk artikel lain...Wallahu'alam....

2 comments:

  1. ali, nice entry. apa2 pun, ko boleh carik video Ahmad Deedat berdebat dgn Paderi ttg agama. aku sik tauk link sbb kawan berik aku vids ya.

    n cgek gk, aku request ko polah entry pasal FREEMASON boleh?

    ReplyDelete
  2. insyaAllah....dah da maklumat, cuma nak carik masa k naip jak..

    ReplyDelete