Tuesday, September 21, 2010

myMetro | 'Tampil beri keterangan jika ada bukti'

Thursday, September 16, 2010

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ”Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara":

1) Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
2) Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
3) Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
4) Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5) Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
6) Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
7) Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
8) Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
9) Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
10) Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Tuesday, September 14, 2010

Disebalik Agenda Pembakaran al-Quran




WASHINGTON 11SEPT 10
: Terbongkarlah sudah mengapa berlaku pembatalan bakar Al-Quran seperti dirancangkan. Hal ini berlaku apabila Menteri Pertahanan AS, Robert Gates berhubung telefon dengan Terry Jones, pendeta gereja Florida yang merancang pembakaran al-Qur'an hari ini.

Gates memperingatkan Jones atas tindakan tersebut. Demikian dilaporkan Fars News mengutip AFP.
Jurucakap Pentagon, Jeff Morrell menjelaskan, Gates melalui telefon, menyatakan khuatir atas rencana Jones dan mengatakan tindakan tersebut membahayakan nyawa ribuan militer AS khususnya yang berada di Irak dan Afghanistan.

Morrell menambah, Pentagon meminta Jones membatalkan 'rencana gila' itu. Dalam reaksinya, Jones ternyata tunduk pada permintaan Gates. Namun demikian, Jones tetap menekankan akan berhenti jika projek pembangunan Islamic Center yang akan dibangunkan dekat lokasi peristiwa 11 September itu dipindahkan.

Dalam argumen atau 'kempen hasut'nya, Jones mengatakan, warga AS tidak ingin masjid ini dibangunkan di lokasi itu, dan umat Islam juga tidak mengharap ratusan kitab suci mereka di bakar.

Thursday, September 9, 2010

Sedarkah Kita...


Selamat tinggal Ramadhan, selamat datang Syawal...

Allahu akbar!! Allahu akbar!! Allahu akbar!! Allahu akbar walillahilhamdu...

Gema takbir memecah sunyi pagi menandakan umat Islam meraikan kemenangan setelah menempuh ujian yang disediakan oleh Allah untuk hamba-hambaNya iaitu menjalani ibadah berpuasa selama sebulan. Gemak takbir, tasbih dan tahmid bersambung-sambung memuji kebesaran Ilahi tanda kesyukuran di atas nikmat dan rahmat yang Allah limpahkan kepada hambaNya. Dalam kegembiraan, tidak dilupakan buat mereka yang kurang bernasib baik, namun mereka turut berkesempatan meraikan Aidilfitri dengan selayaknya dengan adanya huluran zakat fitrah dan harta yang kita keluarkan untuk mereka, itu pun jika ia di salurkan dengan seAMANAHnya oleh pihak yang bertanggungjawab.

Bukanlah saya di sini ingin membicarakan mengenai AMANAH, namun hakikat yang umat Islam tidak sedar pada hari ini yang akan dan bakal berlaku kepada umat ISLAM dan bukannya umat MELAYU. 1 Syawal jatuh pada 10 September, sehari sebelum berlakunya ulang tahun tragedi 11 September di Amerika Syarikat. Pihak gereja di Amerika Syarikat telah merancang untuk membakar al-Quran sempena menyambut ulang tahun kejadian tersebut, walaupun pada dasarnya dunia telah tahu bahawa tragedi tersebut adalah rekaan pihak mereka sendiri iaitu nasrani dan yahudi. Namun mereka tidak henti untuk menyalahkan umat Islam kerana telah termaktub di dalam al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."

Menurut uslub atau tatabahasa bahasa arab, perkataan yang Allah gunakan di dalam menyatakan firmanNya di atas ialah dengan menggunakan perkataan bahasa arab "Wa lan" atau bermaksud tidak sekali-kali. Ini menunjukkan, apa-apa usaha yang kita lakukan untuk mendamaikan di antara Islam dengan yahudi atau nasrani tidak akan menemui jalan penyelesaian kerana mereka akan terus menghambat kita agar terus menurut jejak agama mereka yang jelas dan nyata akan kepalsuannya.

Sebagai contoh, perjanjian damai tebing barat di antara negara Israil dengan Palestin yang memakan masa berpuluh-puluh tahun dan turut melibatkan berpuluh atau beratus perjanjian yang telah cuba dibuat, namun hingga ke hari ini, Palestin masih bermandi darah lagi, bahkan negara mereka terus dihimpit oleh kekejaman zionis laknatullah.

Di mana nilai kita sebagai umat Islam? Sanggup melihat saudara sendiri di bunuh di depan mata? Sanggup membiarkan Islam terus diperlekehkan? Marilah kita bermuhasabah diri...di mana letaknya nilai keISLAMan kita. Dengan kepimpinan yang semakin hari semakin rakus merebut kuasa tidak kira daripada pihak kerajaan atau pembangkang. Tidakkah kita sedar, bahawa agama Islam yang di jaja oleh bangsa Melayu lebih jelik tabiatnya berbanding bangsa lain yang menerima hidayah Allah lebih lewat daripada Islam secara warisan. Saya tidak ingin berbicara tabiat buruk bangsa melayu, namun ingin saya tekankan, biar apa pun bangsa, biar apa pun warna kulit kita, selagi kita menegakkan kalimah "LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH", maka bersatulah. Sesungguhnya kesatuan umat Islam itulah yang akan membangunkan ummat Islam di mana dunia.

Saturday, September 4, 2010

Selamat Tinggal Bulan Yang Mulia

Bulan Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita, semua muslimin dan muslimat masing-masing semakin gembira untuk menanti ketibaan Syawal yang mulia. Di masjid-masjid dan surau pun semakin maju ke hadapan saf dan bilangan jemaah bukan bertambah ramai, bahkan menjadi semakin sedikit. Sedikit demi sedikit para jemaah tertewas di saat-saat akhir Ramadhan. Bukan kerana sakit, akan tetapi tertewas dengan persiapan raya yang tidak akan cukup sehinggalah bergema takbir 1 Syawal nanti. Itu pun jika mencukupi. Sedangkan dalam Islam, kita dituntut untuk merebuti sepuluh malam yang terakhir kerana pada salah satu malamnya terkandung malam yang dinamakan malam "Lailatul Qadar"...Malam yang mempunyai kerahmatan serta keberkatan yang tidak terhitung banyaknya. Dalam hadis sahih menyatakan amalan pada malam ini diumpamakan seperti beramal selama 1000 bulan atau lebih mudah kita kira dengan 84 tahun. Maha kaya Allah s.w.t yang membuka ruang dan memberi peluang kepada yang masih hidup untuk terus mendapat rahmat dan keampunan daripadaNya.

Raya yang bakal menjelma pula menjadi satu fiesta kepada umat Islam masa kini. Sudah menjadi budaya masyarakat yang menyambutnya tanpa mengira batas syariat yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t..Pagi-pagi lagi kita sudah melaungkan takbir kemenangan kerana berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan penuh kesabaran, namun tidak sampai satu jam, kemaksiatan turut bermula. Memang tidak dinafikan Islam menggalakkan umatnya untuk berpakaian baru bila menjelang Syawal, namun ia bukanlah menjadi "LESEN" kepada kita untuk mendedahkan aurat kita lebih-lebih lagi kaum hawa yang disyariatkan untuk menutup aurat mereka seperti mana yang telah termaktub di dalam al-Quran. Akan tetapi, hukum hakam agama pada masa kini lebih menjadi bahan mainan berbanding daripada ia menjadi satu asas kepada peneguhan kepada agama itu sendiri. Sedangkan umat Islam sendiri yang memperlekehkan agama, maka tidak hairanlah orang bukan Islam memandang remeh dengan agama yang syumul ini.

Justeru itu, sempena syawal yang bakal menjelma, maka saya berharap agar ia menjadi titik mula perpaduan sesama umat Islam. Sudah terang lagi bersuluh bahawa hakikatnya umat Islam pada masa kini tidak bersatu (bukan sahaja di Malaysia) yang menyebabkan adanya negara Islam yang tertindas di bumi sendiri. Akhir kata, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar umat Islam disatukan hati-hati mereka agar ia menjadi satu kekuatan yang sukar ditandingi oleh musuh Islam pada satu hari nanti..Wallahu'alam..