Raya yang bakal menjelma pula menjadi satu fiesta kepada umat Islam masa kini. Sudah menjadi budaya masyarakat yang menyambutnya tanpa mengira batas syariat yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t..Pagi-pagi lagi kita sudah melaungkan takbir kemenangan kerana berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan penuh kesabaran, namun tidak sampai satu jam, kemaksiatan turut bermula. Memang tidak dinafikan Islam menggalakkan umatnya untuk berpakaian baru bila menjelang Syawal, namun ia bukanlah menjadi "LESEN" kepada kita untuk mendedahkan aurat kita lebih-lebih lagi kaum hawa yang disyariatkan untuk menutup aurat mereka seperti mana yang telah termaktub di dalam al-Quran. Akan tetapi, hukum hakam agama pada masa kini lebih menjadi bahan mainan berbanding daripada ia menjadi satu asas kepada peneguhan kepada agama itu sendiri. Sedangkan umat Islam sendiri yang memperlekehkan agama, maka tidak hairanlah orang bukan Islam memandang remeh dengan agama yang syumul ini.
Justeru itu, sempena syawal yang bakal menjelma, maka saya berharap agar ia menjadi titik mula perpaduan sesama umat Islam. Sudah terang lagi bersuluh bahawa hakikatnya umat Islam pada masa kini tidak bersatu (bukan sahaja di Malaysia) yang menyebabkan adanya negara Islam yang tertindas di bumi sendiri. Akhir kata, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar umat Islam disatukan hati-hati mereka agar ia menjadi satu kekuatan yang sukar ditandingi oleh musuh Islam pada satu hari nanti..Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment