
Selamat tinggal Ramadhan, selamat datang Syawal...
Allahu akbar!! Allahu akbar!! Allahu akbar!! Allahu akbar walillahilhamdu...
Gema takbir memecah sunyi pagi menandakan umat Islam meraikan kemenangan setelah menempuh ujian yang disediakan oleh Allah untuk hamba-hambaNya iaitu menjalani ibadah berpuasa selama sebulan. Gemak takbir, tasbih dan tahmid bersambung-sambung memuji kebesaran Ilahi tanda kesyukuran di atas nikmat dan rahmat yang Allah limpahkan kepada hambaNya. Dalam kegembiraan, tidak dilupakan buat mereka yang kurang bernasib baik, namun mereka turut berkesempatan meraikan Aidilfitri dengan selayaknya dengan adanya huluran zakat fitrah dan harta yang kita keluarkan untuk mereka, itu pun jika ia di salurkan dengan seAMANAHnya oleh pihak yang bertanggungjawab.
Bukanlah saya di sini ingin membicarakan mengenai AMANAH, namun hakikat yang umat Islam tidak sedar pada hari ini yang akan dan bakal berlaku kepada umat ISLAM dan bukannya umat MELAYU. 1 Syawal jatuh pada 10 September, sehari sebelum berlakunya ulang tahun tragedi 11 September di Amerika Syarikat. Pihak gereja di Amerika Syarikat telah merancang untuk membakar al-Quran sempena menyambut ulang tahun kejadian tersebut, walaupun pada dasarnya dunia telah tahu bahawa tragedi tersebut adalah rekaan pihak mereka sendiri iaitu nasrani dan yahudi. Namun mereka tidak henti untuk menyalahkan umat Islam kerana telah termaktub di dalam al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud:
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."
Menurut uslub atau tatabahasa bahasa arab, perkataan yang Allah gunakan di dalam menyatakan firmanNya di atas ialah dengan menggunakan perkataan bahasa arab "Wa lan" atau bermaksud tidak sekali-kali. Ini menunjukkan, apa-apa usaha yang kita lakukan untuk mendamaikan di antara Islam dengan yahudi atau nasrani tidak akan menemui jalan penyelesaian kerana mereka akan terus menghambat kita agar terus menurut jejak agama mereka yang jelas dan nyata akan kepalsuannya.
Sebagai contoh, perjanjian damai tebing barat di antara negara Israil dengan Palestin yang memakan masa berpuluh-puluh tahun dan turut melibatkan berpuluh atau beratus perjanjian yang telah cuba dibuat, namun hingga ke hari ini, Palestin masih bermandi darah lagi, bahkan negara mereka terus dihimpit oleh kekejaman zionis laknatullah.
Di mana nilai kita sebagai umat Islam? Sanggup melihat saudara sendiri di bunuh di depan mata? Sanggup membiarkan Islam terus diperlekehkan? Marilah kita bermuhasabah diri...di mana letaknya nilai keISLAMan kita. Dengan kepimpinan yang semakin hari semakin rakus merebut kuasa tidak kira daripada pihak kerajaan atau pembangkang. Tidakkah kita sedar, bahawa agama Islam yang di jaja oleh bangsa Melayu lebih jelik tabiatnya berbanding bangsa lain yang menerima hidayah Allah lebih lewat daripada Islam secara warisan. Saya tidak ingin berbicara tabiat buruk bangsa melayu, namun ingin saya tekankan, biar apa pun bangsa, biar apa pun warna kulit kita, selagi kita menegakkan kalimah "LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH", maka bersatulah. Sesungguhnya kesatuan umat Islam itulah yang akan membangunkan ummat Islam di mana dunia.
No comments:
Post a Comment