Apa ada pada nama?
Nilai, watak, sikap yang berbeza,
Tapi bukan semuanya kerana nama.
Apa ada pada nama?
Andai nama Muhammad itu pencuri,
Andai nama Adam itu penzina,
Segalanya bukan kerana nama.
Apa ada pada nama?
Baik nama menjadi doa,
Jelik nama merasa terhina,
Itulah rahsia disebbalik nama.
Apa ada pada nama?
Bukanlah ia menjadi lambang,
Tetapi ia menjadi ingatan,
Kerana manusia mati meninggalkan nama.
Tinta:
A'Ali Musalam Shah Hamden
SK Jemukan
14 Oktober 2010
No comments:
Post a Comment